AbOuT

"Kecantikan adalah hak milik setiap insan". kenyataan ini menjadi buah mulut setiap individu secara spontan apabila terpacul perkataan kecantikan di bibir2 sesiapa shj. Inspirasi juru andam, juru solek atau mak andam akan membantu merealisasikan impian mereka sekiranya dipertanggungjawabkan kelak di hari bersejarah tersebut.

Pelbagai gaya, teknik dan gaya solekan boleh diadaptasi ketika menatarias wajah seseorg pengantin baru. Namun, setiap individu mempunyai citarasa tersendiri dan ada yg tidak cerewet ttg solekan lalu membiarkan shj kepakaran juru solek mereka melaksanakan tugasan yg diberi. Yg penting, pada mereka adalah tampak cantik, berseri dn lebih dari hari2 biasa. Tanggungjawab setiap juru solek adalah memastikan hasil kerja kreatif lakaran dan sapuan berus serta pewarnaan yg terpalit pd wajah pengantin2 mereka adalah yg terbaik. Hal ini berlaku kerana selain tanggungjawab, tugasan berbayar yg diamanahkan, setiap solekan perlulah memberi impak yg maksima pada wajah Raja Sehari ini.......

Solekan bagaikan satu kuasa tarikan yg mampu mentrafomasikan wajah agar kelihatan sempurna pada majlis perkahwinan anda. Mainan warna yg pelbagai akan menyerlahkan kejelitaan dan penampilan sehingga sesiapapun boleh terpukau dengan keayuan wajah anda. Masakan tidak, wajah yg kusam, layu dan tidak sekata, boleh diseimbangkan dgn solekan wajah, sekaligus dpt menutup noda yg tidak cantik.Pada hari bersejarah, pastinya mempelai ingin tampil hebat dan lain drp yg lain seperti selalu. Bahkan, dgn kuasa solekan juga, tetamu yg hadir bagaikan tidak percaya dgn penampilan anda pada hr tersebut...